Posted by : Yu. Syamz May 27, 2011



Maksiat punca kepada segala bala bencana :

Maksiat adalah punca kepada segala bentuk musibah yang berlaku dikalangan individu mahupun dalam masyarakat.

- Apakah punca yang mengeluarkan Nabi Adam a.s dari Syurga?
- Apakah yang menyebabkan berpalingnya iblis dari rahmat Allah?
- Apakah yang menjadikan kaum Nabi Nuh,KaumThamud,Kaum ‘Aad,Qarun,dan kaum Lut ditimpakan bencana oleh Allah?

Sesungguhnya semuanya adalah disebabkan akan maksiat yang dilakukan kepada Allah S.W.T.

Saudaraku….
- Bangkitlah dari kealpaan,ayuhlah kita tinggalkan maksiat sebelum datangnya hari yang mana tidak berguna lagi penyesalan dan taubat
- Wajib untuk kita merasai akan kebejatan maksiat yang merundum dalam ummah
- Janganlah kita memandang remeh akan segala maksiat hatta sekecil-kecil maksiat

Sabda Nabi S.A.W ;

" إياكم ومحقرات الذنوب ؛ فإنهن يجتمعن على الرجل حتى يهلكنه"

- Sekiranya setiap individu meninggalkan maksiat maka tidaklah kita merasa gelisah, sedih dan tidak akan ditimpa bencana
- Sesungguhnya kehinaan dosa tidaklah terpundak atas seseorang individu sahaja,bahkan melibatkan setiap orang sehingga akan datangnya bencana dari Allah.

Kesan-kesan maksiat :

Renungkanlah sebaik-baiknya kesan-kesan maksiat sehingga kamu merasai akan mara bahayanya dan cegah serta basmilah maksiat dari hati-hati kamu. Antara kesan buruk maksiat ialah :

• Kemurkaan Allah S.W.T.
• Kebencian orang-orang mukmin
• Disempitkan rezeki
• Dikurangkan ilmu
• Perasaan yang buruk antara hamba dan Allah S.W.T. dan antara hamba dengan manusia
• Hitamnya wajah,gelapnya hati dan badan menjadi lemah
• Terhalangnya ketaatan dan berterusan dalam kemaksiatan
• Dipandang rendah,keji dan hina disisi Allah



- Saudaraku! Demi Allah,sekiranya pembuat dosa memakai pakaian terbaik,tinggal di tempat yang tersergam indah,dan menaiki kenderaan yang mewah, jika hidupnya bergelumang dosa tidaklah dosa itu terpisah daripadanya. Dosa tersebut tidak dapat disembunyikan dengan sifat luarannya ,senyuman dan gelak tawanya dan apabila ia pulang ke rumahnya ,sesungguhnya kehinaan serta kegelisahan dosa akan memenuhi hatinya.

• Menghasilkan kerosakan di muka bumi
- Saudaraku! Dosa adalah seperti luka, tidaklah luka dosa seperti luka dalam pembunuhan , akan tetapi, luka kita sedang parah dan perlu kita ubati seberapa segera dengan bertaubat sebelum ia merebak dan membawa kerosakan.

- Saudaraku! Kita selalu melihat kejadian di mana manusia merungut :kenapa Allah jadikan kita begini?!
Sesungguhnya kita lupa bahawa kita telah menzalimi diri kita sendiri.Ingatlah akan dosa-dosa yang kita lakukan terhadap Allah dan bukan selalu menyalahkan Allah.

• Pengakhiran yang tercela
- Antara kesan maksiat yang paling dahsyat ialah kelunya lidah ketikamana kita sangat-sangat memerlukannya iaitulah ketikamana kita tidak mampu untuk mengucapkan kalimah syahadah sebelum memejamkan mata,nauzubillah

Kesimpulan :

Hindarilah dari melakukan dosa dan maksiat samada secara terangan atau tersembunyi
Ingatlah akan balasan Allah apabila ingin melakukan maksiat ketika bersendirian

Tidakkah kita takut dan bimbang dengan kesan-kesan maksiat yang disebutkan?

Kita sentiasa melakukan maksiat dan menganggap bahawa kita telah melakukan kebaikan kepada-Nya dan tidak bertaubat kerana menyangka bahawa Allah mengampunkan dosa yang dilakukan akan tetapi sangkaan kita itu adalah sangkaan buruk dan Allah tidak meredhai sekali-kali kejahatan dan kemungkaran dari hamba-hambaNya,sabda Rasulullah S.A.W ;

" إن الله يغار وغيرة الله أن يأتي المؤمن ما حرم الله "

Saudara-saudaraku sekalian!

Tahukah kalian bahawa bala adalah sebahagian dari rahmat Allah S.W.T. kepada kita?! Sesungguhnya jikalaulah Allah memurkai ummat manusia,maka Allah akan beri balasan di dunia sebagaimana umat-umat sebelum kita
Tetapi Allah taala memberi ingatan dan amaran supaya kembali ke jalan yang lurus,firman Allah taala yang bermaksud;

“Telah jelas kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).

Sesungguhnya umat manusia tidak akan terhenti langkahnya dan begitu juga kita tidak dapat lari dari melakukan maksiat dan dosa dan bukanlah kita maksum dari segala dosa, akan tetapi sekiranya kita melakukan kemaksiatan, maka bersegeralah dalam bertaubat dan janganlah member ruang kepada kegelapan untuk memenuhi hati-hati kita

Sabda Nabi S.A.W;

" كل بني آدم خطأ , وخير الخطائين التوابون "

“setiap anak adam sentiasa melakukan kesilapan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan ialah mereka yang bertaubat”


- Wallahua’lam…



Ringkasan dari Kutaib (اثار الذنوب والمعاصى) ;
Karangan :Syeikh Amru Khaleed rahimahullah
Ringkasan dan terjemahan oleh : Al-Faqir Walhaqir AbuAisya5035

Leave a Reply

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -