Posted by : Yu. Syamz Nov 23, 2011

Rakyat Malaysia yang bercadang melawat Mesir dan yang sedang berada di negara itu dinasihatkan agar tidak berkunjung atau melalui Dataran Tahrir di Kaherah dan kawasan berhampiran, terutama pada hari Jumaat.


Kementerian Luar, dalam satu kenyataan, turut menasihatkan rakyat Malaysia supaya mengelak lokasi 'panas' lain di negara tersebut.

Rakyat Malaysia juga diseru sentiasa berhati-hati dalam soal keselamatan diri dan peka serta mematuhi sebarang arahan keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa Mesir.

Selain itu, Wisma Putra turut menasihatkan rakyat Malaysia di Mesir untuk berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, yang boleh dihubungi di talian +00-202-37610013/19/68/73 atau e-mel malcairo@kln.gov.my.

Mesir kini dilanda kekacauan apabila beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Tahrir sejak Jumaat bagi menuntut junta tentera Mesir mengembalikan kuasa kepada pemerintahan awam.

Sementara itu, AFP melaporkan angka kematian akibat pertempuran antara penunjuk perasaan dengan anggota polis di Mesir kini mencecah 30 orang.

Angka terbaru itu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan apabila keganasan memasuki hari keempat hari ini.

Dua lagi maut di Kaherah semalam, menurut kenyataan yang dipetik agensi berita MENA selepas kumpulan penunjuk perasaan bertempur dengan polis di perkarangan ibu pejabat Kementerian Dalam Negeri yang berhampiran dengan Dataran Tahrir.

Polis dikerah untuk mengawal keadaan selepas penunjuk perasaan menuntut agar Mesir dibebaskan daripada pemerintahan tentera.

Lebih 10,000 penunjuk perasaan berkumpulan di Dataran Tahrir untuk menuntut peralihan kuasa tentera kepada awam.

kredit : MK

Leave a Reply

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -