Posted by : Yu. Syamz Feb 13, 2012

kanak-kanak yang baru berusia 6 bulan yang dibunuh kejam oleh rejim Bashar Asad. Arwah Marwa Adil Bahar ini mati disembelih oleh Rejim Bashar Asad sehingga terpenggal kepala kanak-kanak tersebut

Fakta yang perlu kita ketahui berkenaan isu Syria sekarang :

1) Sejak berlakunya kebangkitan rakyat Syria Mac 2011 yang lalu, Rejim Bashar telah membunuh lebih 8,500 orang rakyatnya sendiri.

2) Mengakibatkan lebih 40,000 rakyat Syria yang tidak berdosa telah cedera.

3) Lebih 180,000 orang rakyatnya yang dipenjarakan kerana bangkit menentang kezaliman Rejim Bashar.

4) Lebih 20,000 orang lagi kini menjadi pelarian di Turki akibat kekejaman yang berlaku di Syria sekarang.

Angka ini semakin bertambah setiap hari dek kerana kekejaman Rejim Bashar. Wallahul musta'an.

 Saudara-saudara semua boleh juga melihat video Arwah Adik Marwa Adil Bahar ini melalui video di bawah ini,sungguh kejam rejim Bashar Asad!!

Saya tidak boleh menahan sebak tatkala membayangkan sekiranya kejadian sama menimpa anak kecil saya(Aisya)...sungguh tidak dapat menahan lelehan air jernih yang suam mengalir...sungguh hati ini hiba dengan kejadian yang menimpa adik Marwa... di manakah sifat kemanusiaan pada dirimu Basha??!!

Ketamakan dan keghairahan untuk mempertahankan kekuasaan telah menyebabkan ramai yang menjadi mangsa korban kerakusan rejim basha Asad laknatullahu A'laihim!!!...

Duhai sang pemerintah,tidakkah kamu tahu bahawa di sana ada KUASA yang lebih TINGGI dan BERKUASA dari kamu...Takutlah kamu duhai pemerintah yang ZALIM akan TAKHTA dan KEKUASAAN ALLAH taala yang kuasanya tidak ada tandingan sekalian alam. apatah lagi rejim kamu yang hanya dengan kataNYA 'KUN FAYAKUN' maka jika berkehendakkan hancurnya kamu,maka jadilah kamu lebur seperti abu...jika berkehendakkan kamu menjadi tiada juga maka tiadalah mustahil bagi kuasaNYA...

"Kasihanilah Kanak-kanak Syria"

Seketika saudara-saudara kita di Syria sedang nazak dibaham oleh sang pemerintah yang zalim, masih ada dikalangan kita yang sedang bersuka ria,bergelak ketawa,memikirkan kesenangan diri masing-masing...duhai sahabat2ku...Ayuhlah kita mengambil berat tentang saudara-saudara kita di Syria yang sedang merintih dan merayu doa dari kita...adakah kita akan sedar sekiranya perkara itu berlaku atas kepala kita?kalau begitu,bayangkanlah kekejaman itu sedang berlaku pada diri kita SEKARANG!...Allah...(T_T)....sudah tentu,saat ini kita MERAYU,MERINTIH...untuk meminta bantuan saudara-saudara kita di segenap penjuru dunia...

Bayangkan,sedang kita merayu,merintih itu,kita melihat saudara-saudara kita sedang hidup bersenang-senang,bergelak ketawa,gembira dengan kehidupan yang selesa...APAKAH perasaan kita ketika ITU????!

Duhai kawan-kawan..marilah kita memberi bantuan kepada saudara-saudara kita di SYRIA hatta bantuan berbentuk 'doa' di setiap akhir solat kita..memohon doa agar Allah Taala MEMBINASAKAN rejim Basha Asad dengan tentera-tentera Allah...

|| Seberapa jahat perancangan yang dirancang, ingatlah, di sana adanya janji pembalasan daripada Allah Taala. Benarlah firman Allah:-
ولاتحسبن الله غافلاً عما يعمل الظالمون، إنما يؤخرهم ليوم تشخص فيه الأبصار
"Janganlah kamu menyangka Allah itu lalai dengan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim, sesungguhnya ditangguhkan (pembalasan) kepada mereka pada suatu hari yang akan terbeliak padanya mata-mata (orang yang melakukan kezaliman sewaktu di dunia)."         
 حسبنا الله ونعم الوكيل
sama-samalah berdoa dan membaca QUNUT NAZILAH sebagai bantuan kecil untuk mereka...

Leave a Reply

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -