Posted by : Yu. Syamz Feb 8, 2012

Akhirnya CEO MAIDAM(Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu) bersuara setelah sekian lama isu zakat digembar-gemburkan oleh kebanyakan orang. Beliau menafikan bahawa sekatan zakat kepada mahasiswa timur tengah,khususnya Mesir merupakan tuduhan liar pembangkang dan fitnah semata-mata...ini petikan ucapannya(boleh lihat gambar 1) :

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menafikan dakwaan pihak tertentu yang menyatakan Umno Terengganu menyekat dan terlibat dalam urusan pengagihan duit zakat kepada pelajar Terengganu di Mesir.

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Haji Wan Harujan Sulaiman berkata dia kesal dengan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar fitnah tanpa mendapatkan kesahihan maklumat.

“Sistem Pesanan Ringkas (SMS) berbunyi `Umno Terengganu sekat duit Zakat pelajar Terengganu di Mesir yang dihantar kepadanya pada 26 Januari lalu adalah tidak benar sama sekali dan ianya berunsur fitnah.
-teganukita

GAMBAR 1

Bukan Isu zakat yang menarik perhatian saya  kali ini,tapi berkait kenyataan Menteri Besar Terengganu.

Dalam kenyataan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Bin Said pula menafikan bahawa UMNO terlibat dalam urusan pengagihan zakat yang diseliakan oleh MAIDAM.

Namun,saya tersentak dengan satu perkataan yang ada dalam kenyataan MB tganu itu ialah:

“Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 sudah semakin dekat, pihak pembangkang akan guna pelbagai isu bertujuan menutup segala kebaikan yang dilaksanakan Umno ,” katanya.

Katanya, pihaknya mengetahui terdapat segelintir pelajar yang menerima bantuan ini bertindak melampaui undang-undang dengan melibatkan diri dalam politik.

“Kita kesal dengan sikap mereka ini kerana bertindak di batasan walaupun menyedari setiap kemudahan yang diterima itu diusahakan dan dibantu oleh kerajaan,” katanya.-
teganukita
kalian juga boleh rujuk printscreen yang sudah saya ambil dari blog teganukita(Gambar 2).

GAMBAR 2
Menjadi persoalan : Adakah Mahasiswa yang terlibat dalam politik dikatakan bertindak melampaui batas?

Wah..saya tidak pasti adakah ini kenyataan yang sebenar keluar daripada mulut MB sendiri,namun saya yakin bahawa blog (http://teganukita.blogspot.com) tidak akan silap dalam menaqalkan(memindahkan) sebarang kenyataan dari MB,kerana saya telah mengikuti blog itu untuk mengetahui aktiviti semasa kerajaan negeri Terengganu Darul Iman-khususnya yang melibatkan dato' seri.

Namun,sememangnya menjadi persoalan bagi mahasiswa,dari sudut apakah yang dikatakan 'melampai batas undang2' sekiranya terlibat dalam politik,setahu saya, Malaysia adalah negara demokrasi yang sebagaimana yang dicanang-canangkan oleh semua orang. Adakah terlibat dalam politik 'Pembangkang' langsung dikata melampai batas undang2?

Saya merasakan,yang dikatakan melampaui undang2 ialah Akta Kolej dan Universiti ataupun nama manjanya AUKU, ya, akta inilah sebenarnya yang menyekat pemikiran dan kebebasan mahasiswa/wi kita...tapi kat Mesir sebenarnya,akta ini tidak 'valid'. boleh jadi sebab inilah kerajaan tidak mahu meneruskan penghantaran mahasiswa ke Mesir,wallahua'lam..

Kalian boleh menilai dan kalau saya salah,boleh perbetulkan..wallahua'lam

Permata : Mahasiswa kene ikut je kerajaan....kalau tidak...nanti direport polis...huhu

Leave a Reply

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -