Posted by : Yu. Syamz Mar 5, 2012


2 JULAI 2011
Gerakan Suara Rakyat (SUARA) menganjurkan kempem pra BERSIH 2.0 di sekitar kawasan penempatan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Dalam kempen tersebut, pihak SUARA menjelaskan mengenai isu dan tuntutan BERSIH terhadap kerajaan Malaysia. Kempen berjalan dengan aman.
9 JULAI 2011
Para mahasiswa/wi Malaysia di Mesir turun beramai-ramai ke dataran Hayyu Asyer bagi menyatakan sokongan terhadap BERSIH 2.0 walaupun pihak Kedutaan ada mengeluarkan pekeliling larangan terhadap penganjuran BERSIH.
Sambutan yang menggalakkan dan para hadirin hanya menurunkan tanda tangan sokongan terhadap BERSIH. Tiada kekecohan dan huru hara sepanjang perhimpunan terbabit.
14 JULAI 9011
Mahasiswa Terengganu telah dikecam untuk dikenakan tindakan terhadap mahasiswa tajaan Yayasan Terengganu oleh Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Encik Azizi bin Mamat.Ianya disiarkan melalui akhbar Sinar Harian, Utusan Malaysia, Berita Harian dan Malaysiakini.
21 JULAI 2011
Wakil pelajar  menghubungi YT iaitu Encik Razali untuk mendapatkan penjelasan dan beliau menyatakan :-
         1.     Mahasiswa dinasihatkan untuk memadamkan perkara-perkara yang berkaitan BERSIH didalam Facebook.
    2.YT sedang menyiasat penglibatan mahasiswa dan berkemungkinan akan   mengambil tindakan.
Yang Dipertua Keluarga Penuntut Terengganu (KPT) dan Naib Pengerusi HEWI KPT menyertai rombongan persatuan untuk menyerahkan memorandum "Menuntut HAK MAHASISWA" di Pejabat Kedutaan Besar Malaysa Kaherah, Mohandissein.
Rombongan diketuai Pengerusi DESAK dan disertai Presiden PMRAM, Presiden SUARA, YDP BKAN, Pengerusi PMRAM Cawangan, Presiden PERUBATAN dan Presiden ABIM.
(antara kenyataan akhbar)
Mutakhir
Pelajar Terengganu sertai perhimpunan haram 9 Julai di Kaherah


2011/07/14
KUALA TERENGGANU: Pelajar Terengganu adalah antara hampir 300 pelajar Malaysia di Mesir yang dikesan berhimpun di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, untuk menyatakan sokongan padu terhadap perhimpunan haram Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Sabtu lalu. 

Kebanyakan pelajar Malaysia itu mengenakan pakaian kuning dan ada juga mengenakan pakaian tema baju BERSIH 2.0 dan menandatangani pada sepanduk yang telah disediakan di dataran berkenaan.
Ada sebilangan pelajar juga bergambar sambil memegang bendera negeri dan aksi pelajar berkenaan dipaparkan dalam laman sosial Facebook.
Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Aziz Mamat, ketika dihubungi berkata, ketika ini beliau masih menunggu laporan lengkap daripada Pegawai Tadbir Asrama Darul Iman di Mesir dan Jabatan Penuntut Malaysia. 

"YT memandang berat tindakan kumpulan pelajar berkenaan dan berjanji akan menjalankan siasatan berhubung perkara itu sebelum memutuskan bentuk tindakan yang akan diambil," katanya.
 

Katanya, jika didapati ada pelajar tajaannya terbabit dalam perhimpunan haram itu, mereka akan diberi surat tunjuk sebab dan jika pentadbir YT tidak berpuas hati, kemudahan tajaan termasuk pinjaman mereka akan ditamatkan.
 

Beliau berkata, kini terdapat 235 pelajar Terengganu sedang menuntut di beberapa universiti di Mesir dalam jurusan pengajian Islam dan perubatan.
 
Sementara itu, Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK), Razali Idris ketika dihubungi menggesa kerajaan negeri segera menjalankan siasatan mengenai perkara itu.
 

Katanya, tindakan sewajarnya perlu dikenakan kepada pelajar yang terlibat kerana ia telah memalukan negara dan juga negeri asal pelajar, yang secara terang-terangan menentang kerajaan.
 

"Kalau betul mereka ini ditaja kerajaan termasuk Yayasan Terengganu, mereka tidak sepatutnya menyertai perhimpunan itu.
 

"Saya kesal kerana sebelum ini pelajar kita di Mesir mendapat pembelaan sepenuhnya dari kerajaan ketika negara itu dilanda pergolakan politik anti kerajaan pimpinan Preesiden Hosni Mubarak," katanya. – BERNAMA
http://www.bharian.com.my/articles/PelajarTerengganusertaiperhimpunanharam9JulaidiKaherah/Article/

Sumber dipercayai daripada : Media Mesir

Leave a Reply

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -