Posted by : Yu. Syamz May 9, 2012

Dr Mahathir Mohamed.jpgMantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir telah memberikan pandangan beliau bahawa tidak menjadi kesalahan bagi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar memegang jawatan itu walaupun mereka dikatakan menjadi ahli Umno.

Dengan memberikan contoh bahawa dalam kerajaan, ada juga ahli PAS, mereka tidak aktif kerana kerajaan tidak benarkan mereka aktif, demikian kata Tun Dr Mahathir dalam sidang media selepas melancarkan versi Melayu memoir beliau 'Doktor di Dewan: Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad'.

Kenyataan Tun Dr Mahathir menunjukkan bahawa beliau tidak memahami atau sengaja enggan memahami apa yang dimaksudkan dengan Integriti Pilihan Raya yang diuruselia oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) yang sepatutnya menjadi badan bebas daripada Pengaruh parti politik. Bermaksud, SPR perlu dilihat bebas daripada sebarang pengaruh parti politik yang mungkin bertindak berat sebelah dalam menjalankan tugas mereka.
SPR perlu bebas daripada sebarang pengaruh, sama ada pengaruh parti pemerintah ataupun pengaruh parti pembangkang. Pemantapan integriti melalui prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan tadbir urus terbaik perlu diperkasakan.
SPR yang ditubuhkan pada tahun 1957 berfungsi untuk membuat kajian dan persempadanan semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri, menjalankan urusan daftar pemilih dan semakan daftar pemilih serta menjalankan pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.
Dasar SPR adalah untuk memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui bebas dan adil. Bagi memastikan bahawa ia bebas dan adil maka SPR mesti dikemudi oleh mereka yang bebas daripada sebarang pengaruh.
Sebagai contoh, mampukah seorang Pengadil perlawanan bola sepak yang berasal daripada Johor bertindak secara bebas dan adil di dalam perlawanan yang melibatkan pasukan Negeri Johor menentang Negeri Melaka? Begitu juga dengan penyokong Negeri Melaka, mampukah mereka menerima hakikat bahawa pasukan mereka akan diadili dengan baik apabila pengadil perlawanan tersebut berasal daripada negeri pasukan lawannya?
Justeru sangat wajar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan kerana ia berkaitan dengan soal integriti SPR sebagai badan yang bebas daripada sebarang parti politik.
KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
Presiden Intelek Malaysia
www.intelekmalaysia.org
intelekmalaysia4all@gmail.com
 
dipetik daripada : Selatan Online

Leave a Reply

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

.:: Arkib Permata ::.

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -